TAJUK: TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG ANDA HARUS KUNJUNGI DI PULAU PINANG
Assalamualaikum wbt
Okay geng, kalini punya post antara salah satu post yang ramai orang request. Tempat-tempat menarik yang anda (replace word: kita) patut kunjungi bila berada di Penang. Kenapa Penang? Pertama, sebab aku duduk sini, so yeah benda yang aku letak dekat sini tempat yang aku approve dan suggest dekat semua. Kedua, ‘Hello Penang has been ranked 7th of the best 100 foods in the world’. Apa lagi hangpa nak untuk aku buktikan makanan dekat sini sedap!
First thing, sebelum korang nak datang sini. List kan dulu tempat mana nak pergi dan lepastu letak satu hari, kalau tempat tu dekat area yang sama. Contoh, kalau korang nak pergi area Georgetown haritu. Hari tu pergilah roti canai transfer road, street art etc. Okay? Nanti nak tentatif trip haritu boleh minta dekat aku. Aku kasi.
Disclaimer: Mostly gambar yang aku letak dalam post ni ialah gambar yang aku tangkap sendiri letak dalam instastory. Jadi kalau kualiti macam hurmm sikit, pahe pahe la yob. One more thing, kalau nak guna any gambar please credit nama akak okay. Thank you!
Okay jom kira mulakan sesi jalan jalan cari makan bersama saya.
Ayuh!
Okay jom kira mulakan sesi jalan jalan cari makan bersama saya.
Ayuh!
1. ROTI CANAI TRANSFER ROAD
Lokasi: 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Review: 5/5
Komen: Kesedapan makanan tip top. Makanan yang aku suggest roti canai ayam dengan roti bakar telur goyang. Cuma tempat ni selalu beratur panjang ya amat. Jadi pandai pandailah korang rancang nak datang waktu bila. Kalau orang yang macam aku, yang ada OCD (obsessive compulsive disorder) aku nasihatkan bawaklah tisu dan air mineral okay.
2. HAMEED PATA MEE SOTONG
Lokasi: 5, Explanade park, Lebuh Light, Georgetown, 10300 George Town, Penang
Review: 5/5
Komen: Ni makanan yang selalu aku ngidam. Mee goreng sotong dia power beb. Pedas menyengat secukup rasa. Tukang masak ni masak dia laju dan cepat, jadi tak tunggu lama sangatlah. Air korang boleh order air coconut shake sebelah kedai ni, rasa dia okaylah not bad.
3. PENANG ROAD FAMOUS TEOCHEW CHENDUL
Lokasi: Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
Review: 4/5
Komen: Tempat cendol paling famous dekat Penang ni. Cendol ni dah tiga empat kali aku pergi. Sometimes sedap, sometimes aku rasa dia terlebih santan. Kedai ni pun ada hidang laksa, bagi aku secara jujur. Laksa dia tak kena dengan anak tekak aku. Tak berapa suka sangat. Tapi itu pov aku jelah, kalau nak cuba sebab alang alang datang jauh tak rugi pun.
4. MUSANG KING ICE-CREAM
Lokasi: George Town, 6-16, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Review: 5/5
Komen: Bagi sesiapa yang menyukai durian. Ice-cream ni is a must to try! Kedai dia depan teochew chendul ja. Bau dan rasa perghh i loikeeee. Haha
5.ART OFDRAGON GALLERY
Lokasi: 19, Lebuh Cannon, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Review: 4/5
Komen: Okay rasa dia sedap macam ais kacang biasa . Memang penuh mangkuk dia kasi. Aku suggest pergi ja tempat ni, tapi kalau nak order better kongsi-kongsilah ya. Baru berbaloi.
6. FRUITMADE
Lokasi: 6, Lebuh Cannon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Review: 4/5
Komen: Kebelakangan ni, kedai fruitmade jadi viral. Selama 22 tahun aku duduk Penang, tak pernah aku dengar pun kewujudan ice-cream ni. Selaku anak jati Pulau Pinang, mestilah aku kena cuba kan. Rasa bagi aku pass! Tapi disebabkan harga dia overprice, kalau nak datang try setahun sekali mungkinlah berbaloi. Satu lagi, tak selalu dorang ada ice-cream buah naga ni, sometimes dorang serve buah mangga tak silap. Ikut musim.
7. RESTORAN KAPITAN
Lokasi: 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Review: 5/5
Komen: Chicken milani restoran kapitan ni mampu buat korang termimpi-mimpi. Tapi disebabkan haritu chicken milani dia dah habis, kitaorang try nasi briyani. Sedap sedap. Naan cheese pun boleh tahan.
8. APAM BALIK STATION
Lokasi: 101A, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Review: 5/5
Komen: Apam balik station ni aku start tau melalui syafiqah aina. Lepastu nampak vivy yusof pun try lagi perasaan nak cuba tu semakin membuak-buak. Aku suka apam balik station ni first sebab dia banyak pilihan untuk inti (kacang, nutella, pisang, oreo dan banyak lagi). Tak terlalu manis which is bagus sebab kalau tak cepat muak. Tetapi alangkah bagusnya kalau dia besarkan sikit saiz apam balik ni, lagi bertambah aku suka. Overall sedap ja! Aku yang demand. Haha
9. RESTORAN DEENS MAJU NASI KANDA

Lokasi: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
Review: 5/5
Komen: Aku sejujurnya bukan fan sangat nasi kandar. Mungkin faktor kebersihan kot. Aku tak kata deen maju kotor okay. Deen maju aku pernah try sekali dan aku fahamlah kenapa orang ramai sanggup beratur panjang macamtu. Padu padu. Bagi aku nasi kandar kayu menang lagi. Mungkin bonus point sebab convenient dan aku suka roti tisu panjang depa win. Selain deen maju, bolehlah try nasi kandar beratur atau nasi kandar line clear. Aku tak pernah try yang tu, tapi nilah antara nasi kandar popular dekat penang ni.
Lokasi:48, Jalan Penang, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
Review: 5/5
Komen: Sup hameed ni pun aku baca ramai kata menyengatlah sup tulang dia. Haritu kami beli bungkus, jadi tak panas kuranglah rasa sedaptu. Nanti kalau lepas pergi restoran kapitan, singgahlah sekali sup hameed ni sebab tak jauh pun antara each other.
11. RESTORAN NASI PADANG MINANG
Lokasi: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Review: 4/5
Review: 4/5
Komen: Aku try kedai ni sebab kawan aku recommend. Dia dekat dengan roti canai transfer road. Jadi, kalau korang lepas breakfast nak makan tengahari pulak. Kedai ni bolehlah nak cuba. Datang kedai ni, order ikan goreng sambal sumbat ni. Sedap sangat!
12. PENANG AVATAR SECRET GARDEN
Lokasi: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Komen: Tempat ni antara tempat yang popular dekat penang. Actually, siapa yang tak tahu ni ialah tokong cina. Tutup tak silap aku pukul 12.00 pagi. Entrance fee takdak cuma nanti kena bayar tiket parking ja. Nanti nak ambil gambar, suruhlah member sorang suluh kejap, sorang lagi snaplah. Gelap beb tak nampak apa.
13. THE TOP KOMTAR
Lokasi: 1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Komen: Gerak ke komtar. Komtar ni aku suggest kalau nak pergi, pergi dengan family atau kalau nak pergi dengan kawan kena bawak duit lebih sikit. Kenapa aku cakap macamni sebab kalau nak naik the top komtar atau nak main game dalam komtar ni berbayar. Bayaran nanti korang google sendirilah ya. Tapi yang bagusnya game dalam ni semua unlimited. Maksudnya boleh main beribu kali tanpa kira masa. Suggestion aku ialah kalau nak datang sini, datang awal sikit. Baru berbaloi biar boleh main dari pagi sampai malam.
Komen: Bukti bendera pun antara tempat yang kena pergi okay. Tiket ni macam biasalah kena beratur panjang. Nak laju ambil line express tapi kena bayar lebih sikitlah. Dekat atas ni, macam macam ada. Love lockers etc. Paling penting, try ais kacang ice-cream dia tu.
15. CLAN JETTIES OF PENANG
Lokasi: Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Komen: Tempat ni untuk tangkap gambar ja. Takdak benda yang penting pun. Next..
16. PENANG STREET ART
Lokasi: 9316, Beach Street Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang
Komen: Okay yang ni pun sama. Tempat nak posing tunggang terbalik semua dekat sini. Kalau rajin jalan kaki, kalau malas naiklah basikal. Ni aku nak korang preparelah just incase. Haritu kitaorang datang hujan, jadi sediakanlah payung atau raincoat. Tengok gambar first atas ni pun suram ja kan. Sedih.
Lokasi: 910, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Komen: Museum ni pun aku suggest korang datang dengan family sebab kena bayar. Ya tempat nilah yang satu bilik sorang besar sorang kecik tu. Ada bilik upside down. Aku malas nak upload gambar aku yang huduh dekat sini, jadi korang tengoklah gambar posing ayu aku ni.
Lokasi: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Komen: Menarik kan gambar ni. Haha. Okay ni sebenarnya exhibition ye. #ohterpelanjat. Kalau korang nak tengok exhibition seterusnya nanti followlah instagram: otherhalfstudio. Nanti dorang akan update details tempat dan tarikh the next exhibition.
Okay itu sahaja daripada saya. Harap dapat membantu.
Selamat bercuti ke Pulau Pinang.
Bye bye!