02/06/2016

JPA-MARA biasiswa

TAJUK:PERSEDIAAN TEMUDUGA BIASISWA JPA-MARA 


Assalamualaikum wbt

Okay untuk sesiapa yang apply biasiswa JPA,JPA-MARA,MARA normally kalau korang apply inshaAllah akan dapat tawaran nak ditemuduga . 

Aku akan cerita apa beza ketiga-tiga ni dulu okeh . Ni selalunyalah orang cerita kalau tak betul jangan marah aku pulak marah orang yang cerita dekat aku na . Kalau JPA , selalunya orang akan kata susah sebab kau akan jumpa chinese ,indian dan bangsa lain . Normally,orang apply JPA sesiapa yang nak engineering . Kalau untuk bumiputera lagi senang nak diterima kalau MARA dan JPA-MARA . Orang kata kuranglah competition dia sebab tulahhh sebab antara kita ja kan . So,keputusan ditangan anda . 

Okay sebelum kau nak pergi benda yang perlu kau ada . Kau kena sediakan fail-fail, segala jenis surat-menyurat,slip situ sana,benda-benda tulah .Apa yang dia minta itu kau kasi.Aku bukan pihak dorang nak ingat satu-satu kay .Sebab haritu pun aku xcukup HAHAHAHAHA . Mujur kakak tu baik dia suruh aku emailkan je apa yang tertinggal . Conclusion dia double check apa yang nak dibawa . 

Next , ni part penting jugak . Apa yang perlu kau prepare ? Senang je . Hah acah! Hafallah isu semasa , nama2 menteri dan pastikan english kau level MUET band 4 . Maksudnya bolehlah bertutur dan berkomunikasi . Mengenai nama-nama menteri tu memang kenalah sebab ritu time aku dorang tanya . Haishh! 

"Siapa nama menteri pertanian ??"

Sampai sekarang aku tak ingat apa yang dorang cakap jawapan dia .Yang aku tau jawapan dia ayah dafi Af . Sesiapa yang boleh jawab tu dapatlah extra points waktu tu . Okay , aku akan kasi rough ideas ja apa yang akan berlaku .

Mula-mula,selalunya banyak sesi . Ada yang akan dapat pagi dan petang . Kalau aku dapat waktu petang so,solatlah zuhur dulu .Nampak details kan aku kasi . Okay sesudah hangpa sampai dia akan bahagikan group . Dia akan main la sikit-sikit nak bagi kau selesa dan tak nervous sangat . Mainlah game sikit sikit .

Lepas main tu dorang nampak kau dah chill mulalah sesi temuduga . Kau akan diberi dua sesi satu temuduga in english dan satu lagi temuduga in bahasa melayu .Okay selalunya , sama ja dua-dua ni kau diberi task dan present .Ikutlah pasal bagaimana nak menaiktarafkan pertanian di negara kita ,mengenai isu semasalah . Masa nak bincang dalam group tolong jangan senyap ja , kau bukan dalam libry nak beristiqamah waktu tu kay . Bagilah isi point apa yang hangpa rasa bernas . Pendapat/extra info/harapan etc . Sebab nanti dia membantu masa nak present . Pastikan organize betuibetui siapa yang nak cakap intro ? conclusion? Alright setel bahagian perbincangan . Normally dia bagi dalam plus minus 15 minutes . Lepas tu present .

Basically , akan ada dua group dalam tu . So, kalau group first cakap satu lagi janganlah bising dengar ja . Walaupun dalam hati cuak , kau just rileks goyang kaki . 

OKAY TIPS: Pastikan bila kau present point kasi padu ala macam kau buat karanganlah ada tajuk ada huraian nak bagi cantik sikit kau letaklah contoh dan conclusion . Tapi tolong jangan overshadow orang lain . Aku selalu ingatkan diri aku ,kita semua nak scholars ni janganlah pulun sorang-sorang bantu sekali orang lain kay ? 

Sometimes lepas present dia akan tanya soalan .Cuba jawab jugak jangan diam je . Aku haritu masa temuduga ni , kawan sebelah aku dia tak boleh jawab sebab nebes , aku tolonglah backup dia waktu depan panel . Tup tup dia dapat scholarship tu Alhamdulilahlah .  Nampak aku baikkan ? Itu point aku je sebenarnya . Lol . Tolong tolonglah , nanti waktu time kau dia tolong backup pulak .

Lepas habis dua sesi tu adalah dah masuk waktu asar . Macam tulah overall . 

OKAY TIPS: Pastikan ni waktu awaiawai tu bila kau nak isi form nak apply scholarship ni kau letak coarse yang kau nak depends on result SPM kau .Kalau nak medicine dorang selalunya kay aku tak kata setiap kali dorang demand tinggi sikt .Dorang nak straight Aplus . Selalunyalah . Kalau kau SPM A banyak campur ambiklah yang bersesuaian dengan result korang kay . Kalau ada rezeki mana tahukan dapat ja . 

OKAY TIPS: Bagi yang ditolak tawaran tu janganlah acah sedih sangat . InshaAllah masih ada peluang buatlah rayuan . Pihak MARA ni selagi dia ada ruang nak tolong bumiputera dia tolong . Dont worrylah masuk jalah dulu PASUM,PALAM,apa2 jenis uni dulu lepas tu waktu asasi tu kau akan dapat lagi tawaran . Macam kes aku lah . At least yang dapat masuk PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) dapatlah kau merasa shi shua shua duluuu . Tak ke best tuu ??

Okay tu je kod yang boleh dikongsi .

ALL THE BEST AND GOOD LUCK YEAH .




3 comments:

  1. Thank you akak nabila...
    Very informative..������
    Rasa bersemangat plakkk...������

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete