02/06/2016

Yayasan Tenaga Nasional biasiswa

TAJUK:PERSEDIAAN TEMUDUGA BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL 


Assalamualaikum wbt


Okay, untuk first entry just nak kongsi pengalaman pergi temuduga YTN untuk SPM leavers yang dapat tawaran ni. Sedikit sebanyak bolehla membantu okay. At least, dapatlah rough idea apa yang perlu disediakan dan yang bakal berlaku. Okay? 

First thing benda yang tersangat paling important sekali, sebelum apa apa sediakan keperluan mengikut yang dikehendaki. Sayanglah kalau ada rezeki dapat tawaran ni lepas tu disebabkan benda simple tawaran korang ditolak. Lepas tu kan, selalunya interview ni akan ada sesi pagi dan petang. Sesi pagi tu just pihak dorang akan bagi briefing tentang TNB (Tenaga Nasional Berhad). Oh yeahh lupa pula, yang dapat tawaran ni ada yang major coarse untuk engineering dan minor coarse macam bisnes dan akauntan. Normally dalam seminggu jugaklah interview ni berlangsung sebab dorang akan bahagi siap siap ikut coarse apa yang kita ditawarkan waktu tu. 

Okay tips : Kalau korang nak extra marks untuk interview petang nanti aktifkanlah diri tanya waktu ni. Jangan over sangat eh, kau ingat ni program kau nak tanya banyak soalan sangat. Satu soalan jalah tanya apa yang korang rasa nak tanya.

Pastu akan ada tea break dan solat. Masa nilah kau bergaul dengan orang sebelah sebab nanti dorang juga yang akan bantu kau nanti waktu sesi petang.

Okay waktu temuduga sesi petang, sorang-sorang akan masuk. Okay mesti tanya kan nak cakap in english or bahasa. Jawapan dia depends. Sebab ada haritu sorang student ni keluar bilik terus muka merah gila. Semua orang start cuak dah. 

  "Kau okayy takk wehh ?? Susahh sangat ka ??? "

              "Okay ja. Korang kena cakap fully english guys ."

Kita yang dekat luar ni lagi kerap pergi keluar masuk tandas sebab nervous. Aku ingat lagi waktu tu ada budak laki ni nampak aku cuak sangat sampai dia tunjuk isyarat supaya bawa bertenang sikit. HAHAHAHA. 

Okay bila nama kau dipanggil, kau tunggulah bilik yang dorang suruh. Banyaklah pintu dekat situ. So, pastikan jangan salah bilik sudah. Time sini kau just rileks. Kalau nak chill sembang la dengan students kat bilik sebelah korang tu. Aku haritu menyembang dengan budak sebelah sampai lupa lepas ni turn aku. 

Bila turn kau, just masuk dengan normal. Okay masuk kau akan disuruh duduk dihadapan dorang. Adalah dalam tiga atau empat orang waktu tu. Sorry tak berapa nak ingat. Waktu tu fail korang dah memang ada dekat dorang. Chill je. Aku waktu tu dorang cakap campur-campur. Kejap english kejap bahasa. So korang ikut flow ja. Sampai satu tahap orang yang temuduga aku tu cakap.

"Kita nak cakap dalam bahasa melayu ka inggiris ni "

HAHAHHAHA. Aku pun confuse. Okay aku akan share soalan yang aku dapat waktu tu. Dia akan tanya. Pasal diri korang, apa kelebihan korang, kenapa kau nak jadi akauntan, apa yang korang boleh menyumbang ke TNB, dorang akan tanya apa yang korang terlibat dalam sijil2 tu, idola korang dan lain-lain. Tu jalah setakat yang boleh kasi. 

Okay tips: Pastikan bila kau jawab tu, kalau kau memang nak jadi akauntan kau cakap jujur dan confident kenapa kau nak jadi. Basically apa yang aku nampak dorang just nak tengok kau memang nak tak ambik coarse ni. Sebab ada kawan aku ni dia dapat tawaran engineer tapi dia nak jadi doktor. Dia cakap jalah dia xminat sangat. Okay lagi satu bila kau jawab pastikan jawapan kau ringkas, padat, simple dan berinfo. Kekalkan stamina tu sampai habis. 

Lepas habis dia orang interview kau. Kau kena isi form untuk review pihak dia orang takdak apalah yang tu. Pastu blah..

Mengenai baju, walaupun kita ada sesi pagi dan petang janganlah bawak dua baju. Bagi lelaki smart casual no option. Bagi perempuan kau nak pakai baju kurung pun boleh atau blouse pun boleh. Kalau kau nak pakai blazer pun tak salah. Sometimes pemakaian kita yang akan naikkan confident level kan so tak salah. Okay tu jalah yang penting.

Nanti ada yang akan tanya aku dapat ke tidak interview ni. Jawapan dia Alhamdulilah dapat. Tapi aku tolak sebab tawaran aku dapat bukan akauntan tapi bisnes. Tapi scholarship YTN kasi memang banyak kenyanglah perut korang untuk tujuh generasi pun. Okay itu sahaja.

All the best and good luck yeah .

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalam,Kak.Akak memang ambik paper account ke masa SPM?Saya nak try bidang perakaunan tpi saya tak ambik account waktu SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam wbt. boleh ja dik. akak haritu, satu kelas terpaksa drop akaun sebab takdak cikgu nak ajar waktu form5. tapi, sekarang ada kawan yang sambung akaun dekat uitm merbok. siap dapat dekan lagi.

      Delete
  3. Hi nak tanya, how nak check result?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ni dah berkurun abad, rasanya check through website dan kalau ada sebarang pertanyaan feel free to email them.

      Delete