TAJUK:PERKONGSIAN TENTANG LIFE STYLE DI KOLEJ MARA
Assalamualaikum wbt
Hello guys , selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat diluar sana . Post hari ni mengenai kehidupan di kolej mara . Tambah2 sesiapa yang baru dapat tawaran scholarship mara yang sekarang ni masih di ipta bolehlah baca untuk dapat rough idea nanti . Atau sesiapa yang masih fikir masak-masak nak terima ke tak tawaran ni dan sebagainya. Sebenarnya tadi lepas sahur junior aku ada call dia kata dia dapat tawaran mara ni pastu nak terima ke tak? Macam mana life dekat sana? Dorang dah study banyak dah ka sebab kita kan second intake .So , aku rasa why not aku update blog pasal topik ni boleh bantu orang lain juga .
Okay aku dulu dari PASUM(Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) dan baru ja beberapa minggu habis mid sem tetiba dapat tawaran mara ni . Tambah-tambah bila dekat pasum ni life aku definitely memang serabut ya amat . Walaupun Alhamdulilah result mid sem aku 4flat tapi keserabutan dalam mengejar topik-topik baru dan menghabiskan tutorial tu tersangat struggle. Tu tak termasuk test setiap minggu lagi tuh . Memang akan pecah otak terus beb ! Siapa yang tak rasa apa yang aku rasa tu memang dia dewa19 . Lepas tetiba ja dapat tawaran mara ni memang stress waktu tu dia turun merudum terus . Mai sini ceq nak cerita kelebihan dia apa .
Okay waktu tu aku pun confuse nak terima ke tak . Oh lupa aku dulu dapat tawaran ke kolej mara kuala nerang .Tapi aku rasa tak jauh beza sangat dengan life dia dengan kolej mara kulim ka banting ka . Firstly , aku suggest terima ja sebab kalau dekat ipta/pra-U yang korang tengah study sekarang ni nak kena compete dengan banyak orang sampai beratus-ratus.Jadi peluang nak ke course yang korang nak ke degree tu susahlah .Memanglah dekat semua tempat kena bersaing tapi peluang nak compete lagi senanglah kalau dekat kolej mara sebab bilangan dia sikit ja .Second,aku sure bila dekat pasum ka upm ,uia nak study tu tersangatlah susah . Disebabkan ramai orang dalam satu hall tu tambah nak tanya lecturer pun takdak masa dan blah blah . Tapi bila dekat kolej mara ni korang akan belajar macam dekat sekolah seketul sebijik dan sebulat .Waktu persekolahan pun kejap ja sampai zuhur selalunya.Petang tu memang free lah jadi nak tanya cikgu petang tu memang boleh .Senang kata memang korang akan rapat aa dengan cikgu waktu tu . Third point,dekat sini kolej akulah cikgu memang akan pantau result korang . Spoon feed jangan duk katalah .Memang 100% cikgu akan bantu kalau korang jatuh ka atau slack mana-mana subject .Bestlah kalau ada cikgu yang sentiasa guide kita .Apa masalah dengan subject ni ? Kenapa result teruk sgt ni? Okay !
Life dekat kolej mara tersangat best . Takdaklah tersangat tapi bolehlah tahan .Sesiapa yang kata tak best tu hmmmmm suruh dia pergi buat kolej baru . Tak reti nak bersyukur . Sebab dekat sini makan 6kali sehari yang sangat sedap .Takyah nak keluar duit pun . Kesedapan makanan di Dewan Makan tu aku boleh gerenti sedap . Jangan risau .Next ,petang-petang korang ada banyak waktu lapang .So, bolehlah riadah .Kalau dekat UM,UPM,UIA dulu korang tak selalu beriadah sebab takdak masa dekat kolej mara jangan risau .Mainlah sampai kurus takdak sapa nak halang . Alah senang cerita siapa yang pernah duduk sekolah asrama dulu mcam tulah life dekat kolej mara . Katil single bed jangan risau , ada washing machine dan air kedegang . Detail information aku kasi . Haa jangan risau dekat kolej mara ada dobi .Jadi yang malas nak basuh baju tu seminggu dua kali boleh hantar .
Okay last nak cerita ,kalau yang masih fikir nak pergi ke tak aku nak cakap .Depends la masing masing punya hala tuju . Tapikan kalau korang terima offer ni korang akan diberi jaminan jadi doktor ,pharmacist atau sebagainya .Mengikut tawaran yang diberikan tu .Itu memang janji mara . Yang pentingnya kena fulfill jalah requirement yang mara perlukan . Result kena dapat above 3.5 dan MUET band 4 at least . Even kalau seandainya tak dapat capai korang masih boleh sambung degree ke RCMP atau USM dan sebagainya tetapi dengan biayaan sendirilah .Tapi korang masih dapat teruskan dengan course yang sama . Nak dibandingkan dengan bila masih stay dekat pusat asasi dulu . Fikir fikirkanlah ye.
Lupa pula nak cakap yang second intake ni jangan risau takut bila masuk ni ketinggalan banyak ka sebab masuk lewat .Sebab nanti bila korang masuk memang korang lagi advance sikit dari students first intake .So,bolehlah tidur dalam kelas untuk first week .Sebab silibus still sama .Masa korang dekat pusat asasi dulu of course korang dah cover banyak topik .Jadi janganlah gelabah okay !
Lupa pula nak cakap yang second intake ni jangan risau takut bila masuk ni ketinggalan banyak ka sebab masuk lewat .Sebab nanti bila korang masuk memang korang lagi advance sikit dari students first intake .So,bolehlah tidur dalam kelas untuk first week .Sebab silibus still sama .Masa korang dekat pusat asasi dulu of course korang dah cover banyak topik .Jadi janganlah gelabah okay !
PESANAN RINGKAS: Normallah sedih sedih waktu berpisah dengan member nanti bila keluar tapi boleh jumpa lagikan .Tambah nak raya ni boleh haih jumpa balik ..chill ja .InshaAllah .Tuh ja untuk hari ni .Bagi yang ada pertanyaan bolehlah tanya .Sebab ni memang habis ringkas tentang life style dekat kolej mara ni .
Gambar wajib okay dekat signboard ni . Acah itu penting !
Ni waktu lepas exam , soalan susah namatey .
Oh ni waktu dekat kolej mara dah ..
ALL THE BEST AND SELAMAT BERTERAWIKH
Pyan tanya ke hahaha
ReplyDeleteHahahah takdak lah adriana yg tnya.
DeleteTerbaek nawhen!!!
ReplyDeleteTerimaaa kasihhh wanie !!!
Delete